Saturday 25 January 2014

Ustaz Azhar Idrus Kata :

Kalau kita tak suka seseorang yang suka pada kita, terus terang sahaja. Jangan buat orang menanti. Jangan cuba-cuba nak uji sampai dia terbukti benar-benar suka kita. Jangan sampai libatkan keluarga jika tak sukakan dia. Jika pasti tidak suka, katakan saja tidak suka. Jika suka, katakan suka. Sebab kita tidak tahu mungkin Allah akan membalas kembali perbuatan kita membuat orang ternanti-nanti. Buat orang menanti dengan harapan palsu adalah berdosa. Bila orang terluka, kitalah yang menzalimi orang. Doa orang yang dizalimi akan dimakbul Allah. Jangan sampai Allah pula uji kita dengan seberat-berat ujian. Jangan sampai Allah makbulkan doa orang yang dizalimi kita. Jangan sampai Allah buat kita pula yang ternanti-nanti seseorang yang kita nak. Belajarlah dengan tegas berkata, "Ya" atau "Tidak". Istikharahlah juga sebelum memberi jawapan . Jangan permainkan perasaan orang yang menyayangi kita.

No comments:

Post a Comment